kami gadoh+baek+gadoh+baek selama :

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 25, 2011

kematian itu terlalu hampir.



hmm.
how to start.
semalam,dua orang kawan terdekat guwa kehilangan ayah masing-masing.
agak terkejot.dan of kos la sedih kan.

arwah ayah lina meninggal sebab accident.
arwah ayah kak ina pulak meninggal sebab serangan jantung.
terfikir tak.
even walaupon kita dalam keadaan tak sedia pun,kuasa Allah mengatasi segalanya.
betapa kematian terlalu dekat dengan kita.
hari ni kita gelak-gelak,suka-suka..
esok..?
entah sapa yang pergi dulu pun kita tak tahu.

berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul-nya kan?
online je fb,lia asyik buat status pasal arwah papa-nye saja.
sape tak sedih kan hilang orang tersayang.
lebih-lebih lagi tak sampai seminggu lagi nak raya.
betul lah.
ajal.maut.semua kuasa tuhan.
kita yang hidup ni,kena sentiasa bersedia.
sebab mungkin esok bukan lagi untuk kita.

alfatihah buat kedua-dua arwah.moga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


amin~
 
 
 



Tuesday, August 23, 2011

entry sebelum subuh



Wanita cantik, melukis kekuatan pada masalahnya 
Dia tersenyum saat tertekan 
Tertawa di saat hati sedang menangis 
Memberkati di saat terhina..

Dan mempesona kerana memaafkan. 
Wanita cantik, mengasihi tanpa marah dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan 
SubhanAllah…. 
 
dan aku?
berusaha untuk menjadi wanita cantik itu.. :)

Monday, August 15, 2011


 
 
huh.
sumpah rasa macam nak sumpah-sumpah orang je haaa.
meluat-luat.
ok.
fine.
ni bulan puasa.
sabar!
bye!


Sunday, August 14, 2011

viewed.

 
Hidup ini bagaikan kepingan gambar. 
Kita boleh lihat semula apa yang kita mahukan pada kenangan, 
tapi..
kita tidak boleh mengambil gambar tersebut semula dengan keadaan yang sama. 
 

Friday, July 1, 2011

tak rugi pun belajar new thing kan?



hye bloggers.
ada rasa rindu sikit-sikit tak?
hahahaha.
tak de pon kan.
ok.fine.takpe.takpe.
lama giler tak jenguk blog ni.
series rindu nak menulis.nak mengarot2.nak merapu2 macam zaman tanam anggur dulu.
hahaha.
sekarang pun tanam anggur jugak ok.
saya dah berhenti kerja dah.
tak nak cakap pasal menyesal or tak.
sebab tak nak turning2 back lagi dah.
ceewah.turning2 tu.
hahaha.

multimedia n graphic design.
23 tahun hidup,tak pernah pk pon nak terjun dalam bidang ni.
tapi best.
belajar benda baru,jumpa kawan2 baru,duduk dalam environment baru,bukan terok sangat pon sebenarnya.
macam2 adobe saya belajar,macam2 animasi saya buat.2D.3D.
tak pernah bayang pon nak belajar lukis2 balik,masok software tu.masok software ni.
cuma pernah berangan2 nak pegang and ada DSLR.
hahaha.sekarang dah mampu pegang dah.
dah mampu dah ejas2 shutter,apetture sikit2 kan.
ok la tu untuk beginner macam saya.
nak beli sendiri tak mampu lagi.mahal dowh.
hahaha.

enjoy kan.mula2 memang rasa susah + down giler.
nape kawan2 macam boleh buat tapi saya memang susah betol nak catch up.
sampai demam on first day wa cakap sama lu.
hahaha.
naseb baek sebab kawan2 banyaaaaaaak sangat tolong.

pasal kerja tu,tengah usha2 jugak ni.
sekurang2nya saya ada la jugak pengalaman in admin even tak lama pon kan.
plus dengan sedikit technical skills yang saya belajar skrg.
so,tak rugi pon.
ye.tak rugi.
insyaAllah tak rugi.

till then.
sini saja ye.
ada masa saya conteng2 lagi.
tc ye.



*entry saya memang bosan sebab malas sangat nak upload pic. T_T

Wednesday, May 11, 2011

Renungan bersama.



03hb Ogos 2012 ( bersamaan 15 Ramadhan, Jumaat )

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

Tuesday, April 5, 2011

one step closer.



hye bloggers.
diingatkan entry ni agak membosankan.
sekadar update ringkas sebab dah lama sangat blog ni terbiar.
sebenarnya ada banyak benda nak share,nak story tapi masa tak cukup nak taip panjang2.
hahahaha.kononnya.

ok.fine.
saya dah start kerja.
dah ada new life.
masa saya pon tak banyak dah kat rumah.
nak on9 macam duludulu pon tak dapat.
dulu 24hours dengan fb,blogwalking.
life penganggur memang macam tu.
hahaha.
sekarang dah laen.
saya akan bangun pagi macam biasa.
stil 6 lebih.
then,7stgh hantar adek p skul,hantar ibu p ofis.
singgah kedai beli breakfast,balik rumah basuh baju,sidai kaen.
8.45 gerak p ofis ibu.hantar kereta bagi ibu.
area 9 sampai ofis sendiri.
then menggedik la buat keje sampai petang.
lunch hour harus rehat ok.
sampai umah dah 6 lebih.
semayang asar,makan,lepak2 kejap dah 7lebih.
mandi2,semayang maghrib then hantar adek p tuisyen pukul 8.
lepas dah setel sume tu la baru dapat on9 sket2.
9.30 ambik adek kemudian saya akan bersiap nak tido area 10lebih gitu la.
awal giler tido kan.
hahahaha.
life saya banyak berubah.
dan ia mengingatkan saya tyme jadi student dulu.
badan letih tapi terpaksa jugak bangun malam2 nak buat revision and setelkan assigment.
ah.rindu tyme tu.
rindu kawan2,rindu assigment yang berlambak2.rindu kerja last minut nak kejar dateline.
rindu nak pikul buku berat2.tebal2.
rindu nak naek van kesat.
series.rindu semuanya.


out dulu ye.
tc tau.
salam. :)

Friday, March 11, 2011

Bumi semakin tua.



petang bloggers!
satu demi satu bencana alam yang berlaku kan.
kalau hujan sampai banjir.
kalau panas sampai kemarau
itu fenomena normal kalau di malaysia.
tapi negara negara luar,nasib mereka tak sebaek kita.
letusan gunung berapi,ribut taufan,gempa bumi,tsunami,banjir besar.
subhanaAllah.kuasa tuhan.

satu dunia gempar tadi kan.
Jepun dilanda ombak tsunami ekoran gempa.
bumi semakin tua.
betol kan ?
satu demi satu fenomena alam yang tak kita duga terjadi.
dunia akhir zaman.

kalau berfikir tentang kejadian alam ni yang terjadi akhir akhir ni,memang buat kita takut kan?









SubhanaAllah..
korang fikir tak apa yang aku fikir?
hmm.
jadi,sama sama lah kita tingkatkan amalan kita.








sumber : facebook,misteri dan kejadian alam







Tuesday, March 8, 2011

Pelik tapi benar.



morning bloggers!
dah sarapan?
sumpah boring weh jadi pengganggur terhormat ni.
hahaha.

hari-hari buat rutin yang sama.
tapi takpe.
selagi ada chance nak lepak kat rumah,grab je la kan peluang tu.
hahahaha.
ni kira penangan think postive di samping nak sedapkan hati sendiri.
hahaha.

eh,jum review rumah-rumah yang pelik kat dunia ni.
kalau kat malaysia ni,bentuk rumah nye standart je kan.
lebih kurang je antara satu sama laen.
tapi kat luar,macam-macam bentuk rumah yang ada.
pelik pelik pulak tu.

jum.check it out.

chantek kan?tapi transparent sangat la.camner nak mandi?seksi wooo.hahahahaha
perghhh.siap naek cable car lagi nak balik rumah.hebat ah!hahaha
rumah ni comel.sweet je.cuma bentuk jela yang pelik sket.kan?
ngeri ah tengok rumah ni.tengok dari luar pon macam seram semacam je.hahaha.
like rumah ni berjuta juta lemon.chantek.kreatif.comel dan pelik.hahahaha
ape jenis rumah la ni.memang pelik.
cube bayangkan kalau ni rumah korang.nice tapi tak cair ke ek stay dalam air lama lama?hahaha.




dimana pun rumah kita.macam mana pun bentuknya.
luas ke sempit ke.mahal ke murah ke.
tu semua tak penting.
sebab.
itulah rumah kita.
tempat kita membesar dari kecil sampai la dewasa.
tempat kita berlindung dari hujan,panas,kemarau dan taufan,
sayangi lah rumah anda.
sayangi lah keluarga anda.
kerana itulah syurga kita.
:)

Sunday, March 6, 2011

Sunat memotong kuku.

Anas bin Malik, berkata : "Rasulullah s.a.w menentukan waktu kepada kami tentang menggunting kumis,mengerat kuku,mencabut bulu ketiak dan mencukur ari ari supaya jangan dibiarkan lebih dari 40 hari" (Hadis Riwayat Muslim)


Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan.
Hari isnin : Nescaya keluar darinya gila dan masuk padanya sihat.
Hari Selasa : Nescaya keluar darinya sihat dan amsuk kepadanya sakit.
Hari Rabu : Nescaya keluar darinya was was dan masuk padanya kepapaan
Hari Khamis : Nescaya keluar darinya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa dosanya seperti hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk padanya rahmat dari Allah Taala.


Sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk ke jari kelingking dan diikuti ibu jari.Kemudian tangan kiri daripada jari kelingking hingga ibu jari.
Bagi kuku kaki pula,bermula dengan kaki kanan daripada jari kelingking hingga ibu jari. Kemudian kaki kiri daripada ibu jari hingga kelingking.
(Imam an-Nawawi)






Kuku yang dipotong sunat untuk ditanam didalam tanah sebagai tanda menghormati kerana ia adalah sebahagian daripada anggota badan manusia seperti yang dilakukan Umar Radhallahu anhu.
(Kitab Fath al Bari)





sumber : dara.com,julai 2008.

Sunday, February 27, 2011

surat cinta dari balai.



Ramai siot makhluk2 kat balai hari ini.
mentang2 la dah nak masuk hari last setel saman.
niat hati nak pergi la semak saman inchik abang,
tapi berduyun-duyun kereta parking tepi jalan.
tengah2 cari parking tu,inchik abang dah call.
bagitahu dah ada kat balai.
ala.kalau nak p balai semata-mata nak tengok ada saman ke tak baek tak payah la.
saat-saat akhir ni memang ramai makhluk2 kat situ.
almaklumlah.kita kan satu malaysia.
suka buat kerja last minit ni.
bukan student je suka tangguh keje.
atau bukan najihah je yang buat tesis last minit.
satu malaysia macam tu.
buktinya.ramainya yang bayar saman lambat.
hahahaha.
inchik abang mesti terasa ni.

korang,ada sehari je lagi tau.
kalau ada saman yang tertunggak tu,cepat2 la bayar.
kalau macam terkonfius,ada saman or tak,tak yah la p balai.
ramai sangat orang tyme ni.
cek je dulu kat umah.
online ke.sms ke.semua buleh.
dunia teknologi kan.
 
 
 
 
by sms : taip POLIS SAMAN nric send to 15888
kalau konfem ada,baru la p beratur panjang2 kat balai neh.
*tyme beratur tu,jangan potong barisan plak*
hahaha.
 
 
 *gambar selingan je*
*inchik veyron dari mywap*
hahahahaha




*inchik abang kata abes duet nak meminang duk setel nak bayar saman je*
hahahaha.
 
 
 


Friday, February 25, 2011

Nak hepy tak?

hahaha.
3entry dalam satu hari.
hoho.
ni lah kejenye bila dah sedih+xde mud+sakit hati+geram+menyampah+bla3.
yup!sedih.
dulu2,kalu tyme2 macam ni,mesti dah carik cik teru ni share2 citer.
tapi sekarang,tengah cuba nak hadapi dengan tenang.
sampai bila nak mengharapkan orang laen untuk jadikan kita kuat.
yeaaaaaaaaaaah. i can do it!







xde motif la der!
hahaha.


********************

article kat bawah ni aku copy paste kat SINI
semoga ada manfaatnya untuk kita.

Cara gembirakan diri-sendiri

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Tuesday, February 22, 2011

kata dia (1)





kadang kadang kita terpaksa telan saja sesuatu yang tidak inginkan.

mungkin berdiam diri itu lebih baek.
 
membisu itu lebih baek dari bersuara.
tidak semua orang boleh terima setiap apa yang dijelaskan    from:ady budika

Sunday, February 13, 2011

cabaran limebelas hari.




hoh0..ada berani?
hahahaha..

sebelum ni bila bw kat blog cik epal,tengok ada jugak challenge mcm ni..
tapi banyak sangat.sampai 30challenge.
30hari siott.
confirm tak larat.
saya bukan blogger tegar.
hahahaha

kebetulan semalam dalam tak buleh nak tido tu,berbw lagi.
maka terjumpalah benda alah ni kat blog cik syarafina.
macam menarik sebab sikit je kan,
takde tag ok.dia cakap jum la join die.
hahahaha.
maka dengan muka tak malunya,terpost la entry ni.
bile nak stat ek?
hari ni?esok?lusa?
haha..

15cabaran ni buleh membantu dikala idea nak berblog ni langsung tak ada.


sekian.


:)




Tuesday, February 8, 2011

tentang hidup..





hidup ini adalah anugerah..
dan ia cukup indah..



walau
kadang
kala
penuh
dengan
kesakitan
kesedihan
dan
kedukaan..




hidup adalah pilihan untuk hidup..





hidup ni adalah tentang pilihan..
pilihan untuk hidup..
pilihan untuk mati..
pilihan untuk maju ke depan..
mahupon pilihan untuk berada di takuk lama
atau bergerak mengundur ke belakang..

banyak pilihan yang terpaksa kita buat..
melibatkan soal hati dan perasaan,
soal hidup mahupon kematian,
soal kejayaan juga kegagalan..
semuanya adalah pilihan..



membuat keputusan untuk membuat pilihan yang terbaek amatlah sukar..
kadang kala,terpaksa juga mengecewakan orang lain hanya kerana kita juga mencari yang terbaek untuk diri kita..
lama kita berfikir,merenung untuk mencari jalan penyelesaian..
agar semua yang ada di sekeliling mendapat yang terbaek atas keputusan yang kita buat..
ye..membuat pilihan bukan lah semudah yang kita sangka..
mampu membuat kita berfikir terlalu lama,berhenti di simpang jalan tanpa arah tujuan..
kiri,kanan,depan mahupon belakang,pasti ada risiko tersendiri..



kadang kadang kita takot untuk melangkah ke depan bimbang akan jalan jalan sukar yang bakal dihadapi..
kadang kadang bimbang untuk membuat pilihan kerana khuatir kita bakal keseorangan..
diri mahu jadi seakan pohon besar,tapi bimbang rebah ditolak badai,
diri juga mahu jadi rumput di taman,tapi risau dipijak pijak disepak sepak..
mahu jadi belukar yang tebal tapi sampai masanya,pasti ditebas..

hidup ini adalah try and error..
kalau sedar jalan yang dipilih adalah bukan yang sepatutnya,
tak salah mengundur dan kembali pada jalan yang sepatutnya..
kita ada banyak panduan..
-akal-ibubapa-istikharah-kata hati-


*kenapa aku menulis tentang pilihan hari ini*

23 tahun aku hidup,terlalu banyak pilihan yang aku buat..
ada pilihan yang tepat.ada juga pilihan yang salah..
kamu kamu juga pasti begitu bukan?
*aku memilih pertandingan bercerita bukannya nasyid*
*aku memilih debat bukannya forum*
*aku memilih untuk belajar di kaka bukan di kospint*
*aku memilih matrikulasi bukannya diploma*
*aku memilih perlis bukannya labuan*
*aku memilih pemasaran dan bukannya akaun*
*aku memilih untuk bekerja dahulu dari sambung belajar*

*kita pasti ada jiwa yang teguh,akal yang sempurna untuk setap pilihan dan tindakan yang kita lakukan*semoga jalan hidup kita semua akan sentiasa dipermudahkan*


senyum sokmo deh!
:)


















Wednesday, February 2, 2011

takkan ada dah peluang ketiga lepas ni kan?





peluang kedua dilepaskan lagi


*telinga tak tahan panas laaa*
hahaha



*letih kaki merayap kat cukai utama*
-macam berjalan p shopping plak-
adeh!


Friday, January 21, 2011

alfatihah..

alfatihah untuk arwah alif..
semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
semoga anis kuat untuk hadapi dugaan ni..tabah wahai teman!




----> sape-sape pon mesti sedih hilang orang tersayang kan..lebih-lebih lagi bila mengejut macam ni..

------> mungkin kita perlu lebih banyak belajar untuk menghargai dan menyayangi..kita mungkin akan hilang orang-orang yang dekat dengan kita,orang-orang yang kita sayang bila-bila masa saje..


*alfatihah jugak untuk arwah neo dan arwah suraya*

-neo dulu meninggal sebab lemas jugak..2008..
-arwah suraya meninggal awal 2006,masa tu raya aidiladha..accident..depan mata mak ayah plak tu..lagi sedih sebab arwah anak tunggal..kehilangan die memang terasa sangat..

*orang baek-baek ni cepat je dipanggil kan*
*semoga mereka tenang disana..amin*









Thursday, January 20, 2011

saya yang lincah,celupar dan comel..hahahaha

*skchukai-6bestari-2000*

best giler kan tyme muda-muda dulu..kalau la masa tu boleh putar balik kan,bestnye la kalau stop kat zaman ni..hahaha..budak-budak kan maner tau ape..maen kejor-kejor,lumba basikal,sorok buku orang..mase la ni sume nye..sebab kelincahan yang tak seberapa plus dengan keceluparan mulut yang ada kadar saje,darjah 1 pon dah kene tumbuk..hahahaha..tak kisah la tu,dah jadi kenangan terindah dah pon..

p/s : ridhuan!sampai mati aku ingat kau tau..hahahahahaha..bestnye la penumbuk ko dulu..hahahaha




see! aku la yang paling kechik..hahahahaha

masing-masing pinjam baju skandal..hahahaha..tyme ni ambik kesempatan baek punye..mentang-mentang la tyme ni ada peminat,teros gode2 nak pinjam baju melayu tu..konfem la dapat..nasib baek muat..haha


mini gathering-aku jugak yang mantain kechik dari diorang ni..haha..ni pic last year punye..



hoh0.. ni la sahabat baek dunia akhirat..ada mase mesti lepak sama-sama..yang pakai baju kelabu tu kan,dulu die suke ponteng skul..panggil die mohsin yang gedik..hahaha..yang baju belang-belang tu,inchik zali..die selalu kene buli dulu-dulu..tapi tak sangka,yang dibuli dan yang membuli sekarang dah jadi kawan baek..hahaha :)
*kitorang lepak kat gerai je*






-----------------> rindu korang!sayang korang ketat-ketat..muuuuaah..hahaha..gedik!





Monday, January 17, 2011

dugaan untuk kuat








bila
masalah
bertimpa
- timpa



bila
dugaan
datang
seperti
lebatnya
hujan


bila
hati
semakin
mengecil


bila
kesabaran
semakin
hilang

bila
diri
semakin
lemah

bila
pertahanan
mulai
diceroboh

bila
otak
semakin
berserabut


jiwa
makin
kacau


perjalanan-hidup-dirasakan-terlalu
p e r l a h a n
seperti

ber-j-a-l-an

tapi a k h i r n y a

t-e-r-s-u-n-g-k-u-r




yang tinggal cuma




k e t a b a h a n
..










*berusaha bangun dan belajar berlari*
*hidup bukanlah sesukar yang kita rasakan*
*berusaha keras untuk melepasi zon kesedihan mungkin jalan terbaek untk menjadi lebih matang,rasional dan optimis tentang makna kehidupan*
*sesuatu ujian yang datang bukanlah petanda masalah atau derita berterusan,ia cuma mengajar kita untuk menjadi lebih kuat*
**katakan saja : saya bersyukur ditimpa masalah!dengan itu,saya tidak mungkin lemah**


g0-******-go!!

Sunday, January 16, 2011

dari mata ke hati..







u'olls pernah tengok segmen ni ?
rancangan bual bicara dari mata ke hati..
best..
cara prof dr muhaya motivate orang ramai memang mantap..
yang tak pernah tengok lagi tu,sila2 la ye..
tak rugi..
banyak ilmu baru dalam masa setengah jam tu..






*kalau ada yang perasan,prof + suami ( dr azmi) pernah masok program serasi bersama semalam*
*dah veteren pon,stil swet giler*
:)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...