kami gadoh+baek+gadoh+baek selama :

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 27, 2011

surat cinta dari balai.



Ramai siot makhluk2 kat balai hari ini.
mentang2 la dah nak masuk hari last setel saman.
niat hati nak pergi la semak saman inchik abang,
tapi berduyun-duyun kereta parking tepi jalan.
tengah2 cari parking tu,inchik abang dah call.
bagitahu dah ada kat balai.
ala.kalau nak p balai semata-mata nak tengok ada saman ke tak baek tak payah la.
saat-saat akhir ni memang ramai makhluk2 kat situ.
almaklumlah.kita kan satu malaysia.
suka buat kerja last minit ni.
bukan student je suka tangguh keje.
atau bukan najihah je yang buat tesis last minit.
satu malaysia macam tu.
buktinya.ramainya yang bayar saman lambat.
hahahaha.
inchik abang mesti terasa ni.

korang,ada sehari je lagi tau.
kalau ada saman yang tertunggak tu,cepat2 la bayar.
kalau macam terkonfius,ada saman or tak,tak yah la p balai.
ramai sangat orang tyme ni.
cek je dulu kat umah.
online ke.sms ke.semua buleh.
dunia teknologi kan.
 
 
 
 
by sms : taip POLIS SAMAN nric send to 15888
kalau konfem ada,baru la p beratur panjang2 kat balai neh.
*tyme beratur tu,jangan potong barisan plak*
hahaha.
 
 
 *gambar selingan je*
*inchik veyron dari mywap*
hahahahaha




*inchik abang kata abes duet nak meminang duk setel nak bayar saman je*
hahahaha.
 
 
 


Friday, February 25, 2011

Nak hepy tak?

hahaha.
3entry dalam satu hari.
hoho.
ni lah kejenye bila dah sedih+xde mud+sakit hati+geram+menyampah+bla3.
yup!sedih.
dulu2,kalu tyme2 macam ni,mesti dah carik cik teru ni share2 citer.
tapi sekarang,tengah cuba nak hadapi dengan tenang.
sampai bila nak mengharapkan orang laen untuk jadikan kita kuat.
yeaaaaaaaaaaah. i can do it!







xde motif la der!
hahaha.


********************

article kat bawah ni aku copy paste kat SINI
semoga ada manfaatnya untuk kita.

Cara gembirakan diri-sendiri

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Tuesday, February 22, 2011

kata dia (1)





kadang kadang kita terpaksa telan saja sesuatu yang tidak inginkan.

mungkin berdiam diri itu lebih baek.
 
membisu itu lebih baek dari bersuara.
tidak semua orang boleh terima setiap apa yang dijelaskan    from:ady budika

Sunday, February 13, 2011

cabaran limebelas hari.




hoh0..ada berani?
hahahaha..

sebelum ni bila bw kat blog cik epal,tengok ada jugak challenge mcm ni..
tapi banyak sangat.sampai 30challenge.
30hari siott.
confirm tak larat.
saya bukan blogger tegar.
hahahaha

kebetulan semalam dalam tak buleh nak tido tu,berbw lagi.
maka terjumpalah benda alah ni kat blog cik syarafina.
macam menarik sebab sikit je kan,
takde tag ok.dia cakap jum la join die.
hahahaha.
maka dengan muka tak malunya,terpost la entry ni.
bile nak stat ek?
hari ni?esok?lusa?
haha..

15cabaran ni buleh membantu dikala idea nak berblog ni langsung tak ada.


sekian.


:)




Tuesday, February 8, 2011

tentang hidup..





hidup ini adalah anugerah..
dan ia cukup indah..



walau
kadang
kala
penuh
dengan
kesakitan
kesedihan
dan
kedukaan..




hidup adalah pilihan untuk hidup..





hidup ni adalah tentang pilihan..
pilihan untuk hidup..
pilihan untuk mati..
pilihan untuk maju ke depan..
mahupon pilihan untuk berada di takuk lama
atau bergerak mengundur ke belakang..

banyak pilihan yang terpaksa kita buat..
melibatkan soal hati dan perasaan,
soal hidup mahupon kematian,
soal kejayaan juga kegagalan..
semuanya adalah pilihan..



membuat keputusan untuk membuat pilihan yang terbaek amatlah sukar..
kadang kala,terpaksa juga mengecewakan orang lain hanya kerana kita juga mencari yang terbaek untuk diri kita..
lama kita berfikir,merenung untuk mencari jalan penyelesaian..
agar semua yang ada di sekeliling mendapat yang terbaek atas keputusan yang kita buat..
ye..membuat pilihan bukan lah semudah yang kita sangka..
mampu membuat kita berfikir terlalu lama,berhenti di simpang jalan tanpa arah tujuan..
kiri,kanan,depan mahupon belakang,pasti ada risiko tersendiri..



kadang kadang kita takot untuk melangkah ke depan bimbang akan jalan jalan sukar yang bakal dihadapi..
kadang kadang bimbang untuk membuat pilihan kerana khuatir kita bakal keseorangan..
diri mahu jadi seakan pohon besar,tapi bimbang rebah ditolak badai,
diri juga mahu jadi rumput di taman,tapi risau dipijak pijak disepak sepak..
mahu jadi belukar yang tebal tapi sampai masanya,pasti ditebas..

hidup ini adalah try and error..
kalau sedar jalan yang dipilih adalah bukan yang sepatutnya,
tak salah mengundur dan kembali pada jalan yang sepatutnya..
kita ada banyak panduan..
-akal-ibubapa-istikharah-kata hati-


*kenapa aku menulis tentang pilihan hari ini*

23 tahun aku hidup,terlalu banyak pilihan yang aku buat..
ada pilihan yang tepat.ada juga pilihan yang salah..
kamu kamu juga pasti begitu bukan?
*aku memilih pertandingan bercerita bukannya nasyid*
*aku memilih debat bukannya forum*
*aku memilih untuk belajar di kaka bukan di kospint*
*aku memilih matrikulasi bukannya diploma*
*aku memilih perlis bukannya labuan*
*aku memilih pemasaran dan bukannya akaun*
*aku memilih untuk bekerja dahulu dari sambung belajar*

*kita pasti ada jiwa yang teguh,akal yang sempurna untuk setap pilihan dan tindakan yang kita lakukan*semoga jalan hidup kita semua akan sentiasa dipermudahkan*


senyum sokmo deh!
:)


















Wednesday, February 2, 2011

takkan ada dah peluang ketiga lepas ni kan?





peluang kedua dilepaskan lagi


*telinga tak tahan panas laaa*
hahaha



*letih kaki merayap kat cukai utama*
-macam berjalan p shopping plak-
adeh!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...