kami gadoh+baek+gadoh+baek selama :

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 5, 2011

one step closer.



hye bloggers.
diingatkan entry ni agak membosankan.
sekadar update ringkas sebab dah lama sangat blog ni terbiar.
sebenarnya ada banyak benda nak share,nak story tapi masa tak cukup nak taip panjang2.
hahahaha.kononnya.

ok.fine.
saya dah start kerja.
dah ada new life.
masa saya pon tak banyak dah kat rumah.
nak on9 macam duludulu pon tak dapat.
dulu 24hours dengan fb,blogwalking.
life penganggur memang macam tu.
hahaha.
sekarang dah laen.
saya akan bangun pagi macam biasa.
stil 6 lebih.
then,7stgh hantar adek p skul,hantar ibu p ofis.
singgah kedai beli breakfast,balik rumah basuh baju,sidai kaen.
8.45 gerak p ofis ibu.hantar kereta bagi ibu.
area 9 sampai ofis sendiri.
then menggedik la buat keje sampai petang.
lunch hour harus rehat ok.
sampai umah dah 6 lebih.
semayang asar,makan,lepak2 kejap dah 7lebih.
mandi2,semayang maghrib then hantar adek p tuisyen pukul 8.
lepas dah setel sume tu la baru dapat on9 sket2.
9.30 ambik adek kemudian saya akan bersiap nak tido area 10lebih gitu la.
awal giler tido kan.
hahahaha.
life saya banyak berubah.
dan ia mengingatkan saya tyme jadi student dulu.
badan letih tapi terpaksa jugak bangun malam2 nak buat revision and setelkan assigment.
ah.rindu tyme tu.
rindu kawan2,rindu assigment yang berlambak2.rindu kerja last minut nak kejar dateline.
rindu nak pikul buku berat2.tebal2.
rindu nak naek van kesat.
series.rindu semuanya.


out dulu ye.
tc tau.
salam. :)

Friday, March 11, 2011

Bumi semakin tua.



petang bloggers!
satu demi satu bencana alam yang berlaku kan.
kalau hujan sampai banjir.
kalau panas sampai kemarau
itu fenomena normal kalau di malaysia.
tapi negara negara luar,nasib mereka tak sebaek kita.
letusan gunung berapi,ribut taufan,gempa bumi,tsunami,banjir besar.
subhanaAllah.kuasa tuhan.

satu dunia gempar tadi kan.
Jepun dilanda ombak tsunami ekoran gempa.
bumi semakin tua.
betol kan ?
satu demi satu fenomena alam yang tak kita duga terjadi.
dunia akhir zaman.

kalau berfikir tentang kejadian alam ni yang terjadi akhir akhir ni,memang buat kita takut kan?









SubhanaAllah..
korang fikir tak apa yang aku fikir?
hmm.
jadi,sama sama lah kita tingkatkan amalan kita.








sumber : facebook,misteri dan kejadian alam







Tuesday, March 8, 2011

Pelik tapi benar.



morning bloggers!
dah sarapan?
sumpah boring weh jadi pengganggur terhormat ni.
hahaha.

hari-hari buat rutin yang sama.
tapi takpe.
selagi ada chance nak lepak kat rumah,grab je la kan peluang tu.
hahahaha.
ni kira penangan think postive di samping nak sedapkan hati sendiri.
hahaha.

eh,jum review rumah-rumah yang pelik kat dunia ni.
kalau kat malaysia ni,bentuk rumah nye standart je kan.
lebih kurang je antara satu sama laen.
tapi kat luar,macam-macam bentuk rumah yang ada.
pelik pelik pulak tu.

jum.check it out.

chantek kan?tapi transparent sangat la.camner nak mandi?seksi wooo.hahahahaha
perghhh.siap naek cable car lagi nak balik rumah.hebat ah!hahaha
rumah ni comel.sweet je.cuma bentuk jela yang pelik sket.kan?
ngeri ah tengok rumah ni.tengok dari luar pon macam seram semacam je.hahaha.
like rumah ni berjuta juta lemon.chantek.kreatif.comel dan pelik.hahahaha
ape jenis rumah la ni.memang pelik.
cube bayangkan kalau ni rumah korang.nice tapi tak cair ke ek stay dalam air lama lama?hahaha.




dimana pun rumah kita.macam mana pun bentuknya.
luas ke sempit ke.mahal ke murah ke.
tu semua tak penting.
sebab.
itulah rumah kita.
tempat kita membesar dari kecil sampai la dewasa.
tempat kita berlindung dari hujan,panas,kemarau dan taufan,
sayangi lah rumah anda.
sayangi lah keluarga anda.
kerana itulah syurga kita.
:)

Sunday, March 6, 2011

Sunat memotong kuku.

Anas bin Malik, berkata : "Rasulullah s.a.w menentukan waktu kepada kami tentang menggunting kumis,mengerat kuku,mencabut bulu ketiak dan mencukur ari ari supaya jangan dibiarkan lebih dari 40 hari" (Hadis Riwayat Muslim)


Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan.
Hari isnin : Nescaya keluar darinya gila dan masuk padanya sihat.
Hari Selasa : Nescaya keluar darinya sihat dan amsuk kepadanya sakit.
Hari Rabu : Nescaya keluar darinya was was dan masuk padanya kepapaan
Hari Khamis : Nescaya keluar darinya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa dosanya seperti hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk padanya rahmat dari Allah Taala.


Sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk ke jari kelingking dan diikuti ibu jari.Kemudian tangan kiri daripada jari kelingking hingga ibu jari.
Bagi kuku kaki pula,bermula dengan kaki kanan daripada jari kelingking hingga ibu jari. Kemudian kaki kiri daripada ibu jari hingga kelingking.
(Imam an-Nawawi)






Kuku yang dipotong sunat untuk ditanam didalam tanah sebagai tanda menghormati kerana ia adalah sebahagian daripada anggota badan manusia seperti yang dilakukan Umar Radhallahu anhu.
(Kitab Fath al Bari)





sumber : dara.com,julai 2008.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...